--> Skip to main content

"Depa Ingat Senang Jadi Suri Rumah?" - Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Pelakon Ika Nabella menempelak tindakan individu yang seolah-olah memperlekeh peranan seorang wanita yang memilih untuk menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Menurut Ika, persepsi umum mengenai tugas menjadi seorang suri rumah itu sesuatu yang mudah adalah tidak benar sama sekali. "Anda marah tak baca statement ni wahai suri rumah?! Rasa macam nak pijak kan? Tapi inilah hakikatnya suri rumah di mata masyarakat. Depa ingat senang suri rumah. "Saya pernah jadi suri rumah. Sepanjang mengandung tak kerja langsung.Sampailah anak 21 hari. Tak bolehlah hidup jadi suri rumah. Pada saya berat. Sudahlah berat, tak bergaji," katanya menerusi satu entri di Instagram. Terdahulu, dalam entri tersebut Ika berkongsi paparan komen daripada seorang pengguna media sosial yang memandang rendah tugas sebagai seorang suri rumah. "Bini yang tak kerja jadi suri rumah sepenuh masa itu sebenarnya pemalas. Alasan jaga anak nak masak, kemas rumahlah tu sebenarnya alasan orang yang malas. "Semua itu boleh buat lepas balik kerja, bukan tak boleh buat pun. Orang lain boleh buat, tak kan kau tak boleh buat. Dah pemalas, memanglah banyak alasannya," tulis individu tersebut.

 Walaupun timbul cakap-cakap yang kurang senang sehingga memperlekeh tugas seorang suri rumah, kata Ika, dia sedikit pun tidak terkesan. Baginya, apa yang penting, dia dapat memberikan tumpuan penuh kepada keluarga khususnya anak yang sedang membesar. "Nasib baik saya kental. Kenyataan macam itu tak jadi kudis. "Saya lebih risau tak dapat tengok anak membesar depan mata. Risau takut anak sebut perkataan 'bibik' sebagai perkataan pertamanya. Takut tak nampak dia merangkak untuk pertama kali," katanya. Menurut Ika lagi dia bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sentiasa memenuhi keperluannya ketika tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. "Syukur suami bagi duit belanja, bayarkan komitmen tapi bila teringin apa-apa yang mahal sikit segannya nak minta sebab kasihan tengok dia kerja penat buat macam-macam bisnes. "Travel sana sini, takkanlah saya senang-senang nak minta duit dia. Saya dah biasa nak apa-apa dapat. Nak apa semua usahakannya. Bila nak kena minta ni rasa tak berguna!," ceritanya. Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid pada Julai 2016 sebelum dikurniakan anak sulung, Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 10 bulan.