--> Skip to main content

DAYANG AKUI CEREWET PILIH PASANGAN: "BUKAN MAIN REMBAT SAHAJA"

"Saya cerewet bukan sahaja soal kerja, malah mencari pasangan hidup pun sama. Setiap wanita harus fikir begitu dalam memilih teman hidup. Ini bukan perkara main-main kerana jika boleh, kahwin hanya sekali dan dijauhkan perpisahan.

"Kita harus pilih pasangan yang betul dan serasi. Nak bina masjid dan hidup semati semestinya kena fikir sedalam-dalamnya, bukan main rembat sahaja," demikianlah kata Dayang Nurfaizah yang mngakui dia bersifat cerewet dalam soal memilih pasangan hidup.

Akui terlalu sibuk dengan kerjaya membuatkan dirinya yang bakal memasuki usia 40 tahun tidak lama lagi itu masih belum berpunya. Tidak tertekan mengenai soal jodoh, Dayang berkata sebagai wanita mereka sepatutnya bersikap cerewet dalam soal memilih teman hidup kerana soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main dan tiada siapa inginkan perpisahan.

Dalam pada itu, Dayang berkata dia mencari lelaki bujang dan tidak dimiliki oleh sesiapa. Dayang turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dalam soal jodoh: "Saya masih solo dan belum ada teman istimewa. Doakan saya. Apa yang pasti, saya mencari lelaki bujang, lebih tepat bukan kepunyaan sesiapa," jelasnya. Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...