--> Skip to main content

COVID-19: Sudah 838,271 maut di seluruh dunia

PARIS: COVID-19 sudah membunuh sekurang-kurangnya 838,271 pesakit, sejak penularan wabak itu di China pada Disember lalu.

Sebanyak 24,795,760 kes didaftarkan dan daripada angka itu, sekurang-kurangnya 15,976,700 pesakit dikenal pasti sudah sembuh.

Angka itu yang dikumpul oleh AFP daripada pihak berkuasa kebangsaan dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), namun itu mungkin sebahagian angka sebenar jangkitan.

Kebanyakan negara hanya menjalankan ujian berdasarkan simptom atau membabitkan kes serius.

Semalam, 5,751 kematian dan 287,081 kes baharu dilaporkan di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terkini, negara paling banyak kematian terbaharu ialah Amerika Syarikat (AS) dengan 1,177, diikuti India sebanyak 1,021 dan Brazil dengan 855.

AS negara yang paling teruk terjejas dengan 181,779 kematian daripada 5,918,381 kes. Sekurang-kurangnya 2,118,367 pesakit dilaporkan pulih.

Selepas AS, Brazil mencatatkan 119,504 kematian daripada 3,804,803 kes; Mexico 63,164 kematian daripada 585,738 kes; India 62,550 kematian daripada 3,463,972 kes dan United Kingdom dengan 41,486 kematian daripada 331,644 kes.

Negara dengan jumlah kematian tertinggi berbanding populasi penduduknya ialah Peru dengan 86 kematian per 100,000 penduduk, diikuti Belgium 85, Sepanyol 62, United Kingdom 61 dan Itali 59.

China – kecuali Hong Kong dan Macau, setakat ini mengisytiharkan 85,022 kes, termasuk 4,634 kematian dan 80,126 kes pulih.

Amerika Latin dan Caribbean keseluruhan mencatatkan 271,686 kematian daripda 7,137,854 kes, Eropah 214,884 kematian daripada 3,898,042 jangkitan, AS dan Kanada 190,924 kematian daripada 6,045,739 kes.

Asia mencatatkan 95,137 kematian daripada 4,979,953 kes, Timur Tengah 35,902 kematian daripada 1,474,828 kes, Afrika 29,097 kematian daripada 1,230,662 kes dan Oceania 641 kematian daripada 28,690 kes. - AFP