--> Skip to main content

COVID-19: Singapura catat 51 kes baharu

SINGAPURA: Singapura mengesahkan sejumlah 51 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu setakat ini ialah 56,717.

"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat satu kes dalam komuniti yang juga pemegang pas kerja," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, di sini hari ini.

Kementerian itu berkata, terdapat tiga kes import yang semuanya ditempatkan di bawah Notis Duduk Di Rumah atau diasingkan semasa ketibaan di Singapura.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan sejumlah 886 sebagai kes import, manakala 2,228 sebagai kes dalam komuniti dan 53,552 sebagai kes yang membabitkan penghuni asrama pekerja.

Sejumlah 55,337 pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan didiscaj daripada hospital atau fasiliti rawatan komuniti.

Sementara itu, sejumlah 71 kes yang disahkan masih berada di hospital, namun tidak ada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sejumlah 1,231 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat, namun masih diuji positif COVID-19 diasingkan dan sedang menerima rawatan.

Setakat ini, sejumlah 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi susulan jangkitan COVID-19 di republik itu.

Tidak ada kluster baharu dikenal pasti semalam. – BERNAMA