--> Skip to main content

COVID-19: AS melepasi 180,000 kematian

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melepasi 180,000 angka kematian akibat COVID-19, pada Khamis, mengikut laporan Johns Hopkins University.

AS menambah 931 kes baharu kematian akibat wabak itu dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan angka korban melonjak kepada 180,527.

Tambahan 42,859 kes baharu menjadikan keseluruhan jumlah 5,860,397 kes. AS adalah negara yang paling teruk dilanda dunia dari segi jumlah kes dan kematian.

Sekurang-kurangnya 2,101,326 telah pulih daripada wabak berkenana di negara itu.- AFP