--> Skip to main content

CORETAN ISTERI ALIFF SYUKRI SEMPENA ANNIVERSARY KE-13

"Selamat Hari Kita 10/8/2007-10/08/2020. @aliffsyukriterlajaklaris 13 tahun kita bersama.. menempuh suka duka, pahit manis, walaupun kita mmg selalu bergaduh tapi jodoh kita selalu panjang..... Semoga keluarga yg kita bina ni berkekalan selamanya... kita menjadi hamba yg taat pada Allah.... menjadi contoh yg baik buat anak2 kita...

"Selama kita kahwin kita penat cari duit utk nak mengubah hidup... kita dah ada apa yg kita mahu tinggal bersyukur sahaja... andai kata apa yg Allah pinjam ni suatu hari tiada lagi, kita bersyukurlah sebab kita pernah merasa nikmat senang setelah penat kita berusaha...

"Yg penting kita, anak2 kekal bahgia selamanya..... luv u ❤️❤️," tulis Datin Seri Nur Shahida yang melayangkan satu dedikasi khas sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Shukri, hari ini.

Klik untuk gambar besar

Dalam entri tersebut, Shahida turut memuat naik sebuah video yang memaparkan kenangan mereka hidup bersama sejak diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 2007. Kata Shahida lagi, dalam tempoh itu juga, banyak pengorbanan yang sudah dilakukan mereka bersama-sama demi mengubah nasib hidup.

Sebelum ini, kisah rumah tangga mereka pernah mencuri tumpuan apabila dikatakan berantakan. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak, iaitu, Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datin Nur Shahida

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...