--> Skip to main content

Chubb-E Muat Naik Video Mulut Berdarah Di Instagram, “Biar Kami Selesaikan Dahulu, Tak Nak Nanti Lagi Parah”- Pengurus

Penyanyi dan juga komposer muda, Chubb – E telah memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan mulutnya yang sedang berdarah di laman Instagram.

Video tersebut ternyata telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen namun buat pemilik nama Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy,20, dia menjelaskan keadaannya okay dan baik-baik sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by CHUBB-E JMG ? (@donutfingerlicking) on Aug 8, 2020 at 6:51am PDT

"Jangan risau, saya selamat. Jangan risau. Saya hargai perhatian anda semua. Bertenang dan terima kasih,"

Sehubungan dengan itu, wakil Future Music Entertainment yang juga merangkap pengurus kepada Chubb-E, Atmin Mazid ketika dihubungi meminta peminat di luar sana memberi ruang kepada penyanyi lagu Padan Muka itu.

"Maaf, mohon beri ruang buat Chubb-E, dari semalam mesej dan panggilan masuk tanpa henti. Saya rasa dia masih terkejut. Biar kami selesaikan dahulu. Tak nak nanti lagi parah,"

View this post on Instagram

Your pair of eyes, got me paralyzed, Im in paradise, we a pair of dice.? . PADAN MUKA is out now!. . Link is in my bio!

A post shared by CHUBB-E JMG ? (@donutfingerlicking) on Jun 7, 2020 at 1:23am PDT

 Tambahan, bekas juara program Ceria Megastar 2018 itu turut memadam gambar profil di Instagram miliknya seolah-olah memberi gambaran ada yang tidak kena.

Video yang dimuatnaiknya itu kini telah mencecah hampir lebih 30,000 tontonan dan mendapat ratusan komen daripada peminat. Semoga yang baik-baik sahaja untuk penyanyi Chubb-E!

Sumber : Media Hiburan

Written by Intan PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.