--> Skip to main content

Chelsea segera pantau Ziyech

LONDON: Chelsea akan mengikuti perkembangan Hakim Ziyech selepas pemain baharu bernilai £38 juta (RM211.33 juta) itu cedera pada penampilan pertama bersama Blues.

Pemain Maghribi berusia 27 tahun itu membuat penampilan pertama bersama jersi Blues sejak perpindahan dari Ajax dalam saingan persahabatan menentang Brighton.

Namun ia berakhir lebih awal apabila 10 minit pada babak kedua Frank Lampard terpaksa mengeluarkan pemain sayap itu.

Selepas tampak sakit di bahagian lutut selepas kejadian di garisan gol, kakitangan perubatan Chelsea tidak mengambil risiko apabila segera membantu Ziyech dekat padang Stadium Amex itu.

Lampard kemudian memberitahu laman sesawang Chelsea bahawa Ziyech mengalami "sedikit kecederaan di lutut yang perlu dipantau."

Peminat Chelsea teruja untuk melihat dua pemain baharu mereka beraksi di pesisiran pantai selatan.

Namun Timo Werner ternyata melalui hari yang lebih baik. - Agensi