--> Skip to main content

Cantiknya... [METROTV]

JIKA terdapat pertandingan bilik gerakan tercantik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Bilik Gerakan Parti Makkal Sakti Bahagian Tanjung Malim mungkin diangkat sebagai Johan.

Mana tidaknya, bilik gerakan yang dahulunya hanya kedai pemborong barangan keperluan didekorasi dengan begitu baik hingga mendapat perhatian umum.

Penasihat Parti Makkal Sakti Bahagian Tanjung Malim, V Sugumaran berkata, idea mendekorasi kedai menjadi bilik gerakan parti datangnya daripada beliau sendiri bersama ahli parti yang lain.

Katanya, bilik gerakan parti perlu didekorasi dengan menarik kerana ia bakal menjadi satu tarikan pengundi untuk singgah ke bilik gerakan bagi mendapat maklumat terkini tentang PRK yang berlangsung.

"Bilik gerakan yang menarik juga mampu memberi semangat kepada ahli untuk berkerja daripada pagi sehingga malam. Apatah lagi ketika mereka berehat selepas memasang poster pilihan raya.

"Setiap kali orang yang lalu lalang di jalan berdepan bilik gerakan ini akan berhenti singgah melihat dekorasi dalaman bilik gerakan dan ramai yang memuji usaha ahli parti ini supaya bilik gerakan tampak cantik, bersih dan kemas," katanya ketika ditemui di Slim River, hari ini.

Untuk rekod, bahagian dalam bilik gerakan itu digantung kain langsir mengikut ketinggian dinding bilik terbabit.

Manakala, bahagian depan pula juga dibuat langsir dengan gaya lipatan seperti berada dalam seminar di hotel-hotel , di samping semua kerusi dibaluti dengan kain bagi menampakkan gaya mewah ketika berada dalam bilik gerakan berkenaan.

BILIK gerakan Parti Makkal Sakti dihias cantik bagi meningkatkan semangat berkerja untuk PRK DUN Slim. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN. BILIK gerakan Parti Makkal Sakti dihias cantik bagi meningkatkan semangat berkerja untuk PRK DUN Slim. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN.