--> Skip to main content

"Bukan Sahaja Kek, Tetapi Juga..." - Netizen Terharu Layanan Betty Rahmad Buat Pembantu Rumah

Kadangkala adik beradik sendiripun kita terlupa tentang hari lahir mereka. Walaupun tidak semua dan tidaklah selalu lupa, tetapi itulah hakikatnya.

Oleh kerana itulah mungkin ramai netizen terharu dengan cara pelakon dan usahawan Betty Rahmad melayan pembantu rumahnya yang dipanggil Anim.

Dalam satu IGTV yang dimuat naik ke Instagramnya, Betty, suaminya Ardy Damis dan anak mereka Ardy Wira berkongsi sambutan hari lahir Anim. Bukan sahaja kek yang tersedia, Betty turut menghadiahkan gelang tangan buat Anim.

"Happpppy Birthday Kak Anim Wira! Hari ni birthday orang yang banyak tolong saya uruskan rumah & jaga Wira kalau saya ada kerja. Dari @ardywira_ umur 7 bulan dalam perut sampai sekarang dah besar nak masuk 2 tahun.

"Sayang dia dekat Wira. Alhamdulillah doakan semoga Allah murahkan rezeki & pelihara keluarga Anim di kampung," tulis Betty sambil mendoakan untuk pembantu rumahnya itu. 

Rata-rata netizen memuji layanan baik Betty dan suami kepada pembantu rumah mereka seumpama ahli keluarga sendiri.

Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad berkahwin dengan Ardy Damis atau nama sebenarnya Ardy Shafiq berkahwin pada 5 Februari 2018 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ardy Wira yang lahir pada 19 Januari 2019.