--> Skip to main content

Bot tunda karam, seorang penumpang hilang

MUKAH: Seorang pemandu bot tunda selamat manakala rakannya hilang selepas bot yang mereka naiki karam di Kuala Igan petang tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, bot terbabit dikatakan berselisih dengan nelayan tempatan kira-kira tiga batu nautika dari Pantai Kuala Igan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.20 petang tadi.

"Lima anggota BBP Mukah yang diketuai Penolong Penguasa Bomba(PPgB) Azman Hanapis bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan serta menyelamat mangsa," katanya.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati tiang bot tunda masih lagi kelihatan bersama tongkang yang ditarik bot berkenaan masih lagi berada di lokasi kejadian.

Usaha pencarian mangsa ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi dan akan diteruskan esok.