--> Skip to main content

“Boleh Dianggap Sebagai Satu Jihad…”- PU Azman Jelas Isu YouTube Haram

“Boleh Dianggap Sebagai Satu Jihad…”- PU Azman Jelas Isu YouTube Haram

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan laman YouTube merupakan salah satu medium dakwah dan tidak patut dipersalahkan.

Menurut PU Azman medium itu akan menjadi berfaedah jika pengisiannya memberi manafaat kepada agama dan masyarakat.

BACA: "Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang Haram" - Ustaz Abu Syafiq

“YouTube merupakan salah satu medium dakwah. Medium ini tidak bersalah. Yang perlu diperbaiki adalah pengisiannya, bukan hapuskan kerjaya di YouTube.

“Islam adalah agama yang memberikan motivasi kepada para YouTube untuk menghasilkan karya bermanfaat untuk agama dan masyarakat,” jelasnya.

PU Azman memberi penjelasan itu bagi menjawab isu mengenai pendapatan dari Youtube adalah haram

Kata PU Azman jika pengkarya laman YouTube itu menghasilkan karya yang bermanfaat, ia boleh dianggap sebagai satu jihad.

“Kita sentiasa mendoakan agar para YouTuber sentiasa dibimbing Allah untuk menghasilkan karya segar, bermanfaat dan berpengaruh untuk memberi anjakan kepada gandar fikir bangsa.

“Dakwah melalui media sosial yang salah satunya youtube boleh dianggap sebagai satu jihad,” katanya lagi.

Terdahulu, pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq berpendapat pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram.