--> Skip to main content

"Boleh Buat Kenang-Kenangan" - Cantiknya Pelitup Muka Datuk Radzuan Radziwill Edisi Khas Merdeka Ni!

"Kalau pelajar atau warganegara Malaysia yang menetap di luar negara pakai ni mesti rasa bangga!" demikian kata-kata pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill sambil memegang pelitup muka edisi khas Merdeka 2020.

Pelitup muka berinspirasikan Jalur Gemilang itu punyai keistimewaan sendiri di hati Radzuan.

Katanya lanjut, ia punyai nilai patriotisme dan sentimental yang tinggi baginya sempena meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 tahun ini.

"Sudah 30 tahun saya menjadi pereka fesyen dan ini kali pertama saya merasakan semangat perpaduan dan solidariti yang kuat dalam karya saya.

"Sebagai pencinta seni dan sejarah, semestinya pelitup muka yang dihasilkan sempena koleksi Radzuan Radziwill x Gempak ini sangat ikonik," ujarnya.

Tambah Radzuan, koleksi pelitup muka edisi terhad itu dihasilkan dengan cetakan menyerupai jalur gemilang dan punyai tiga lapisan berserta filter non woven yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelitup muka fabrik itu juga boleh dicuci berulang kali.

Selain corak Jalur Gemilang, Radzuan turut menghasilkan pelitup muka edisi batik yang menjadi pilihan kebanyakan pelancong dari luar negara.

"Selain untuk dipakai demi keselamatan dan kesihatan sendiri, ia juga boleh dibuat kenang-kenangan apabila mereka pulang ke negara masing-masing," tambah Radzuan.

Paket pelitup muka edisi khas Radzuan Radziwill x Gempak itu juga didatangkan dengan 'extender' bagi memudahkan pemakai yang berhijab.

Setiap satu dijual dengan harga RM20 dan set khas yang mengandungi kedua-dua pelitup muka edisi terhad Jalur Gemilang dan batik dijual RM35.

Untuk pembelian layari www.radzuanradziwill.com.

Kredit foto: shahreezalizhar