--> Skip to main content

BNM tidak halang LTAT jadi Boustead Holdings syarikat persendirian

bizh-boustead - Bisnes / Lain-lain

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM), dengan merujuk kepada surat bertarikh 7 Ogos 2020, menyatakan bahawa ia tidak mempunyai bantahan untuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memulakan rundingan dengan Boustead Holdings Bhd atas kemungkinan syarikat itu sebagai syarikat persendirian.

LTAT memegang kepentingan 59.4 peratus dalam Boustead.

Boustead dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu ia telah menerima notis akhbar daripada LTAT yang menjelaskan bahawa cadangan penswastaan itu adalah tertakluk kepada, antara lain, pengesahan struktur cadangan, keperluan pembiayaan bagi cadangan itu, dan kelulusan pengawalseliaan.

"Kami ingin menekankan bahawa, menurut notis akhbar yang dikeluarkan oleh LTAT, walau apa pun di atas, cadangan itu masih tertakluk kepada kelulusan peraturan lain yang diperlukan bagi cadangan berkenaan dan notis yang dikeluarkan oleh LTAT itu tidak menjadi suatu niat yang kukuh oleh LTAT untuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Oleh itu, tidak ada kepastian bahawa LTAT akan meneruskan cadangannya," kata Boustead sambil menambah bahawa belum ada perkembangan jelas mengenai cadangan itu. - BERNAMA