--> Skip to main content

BILA SAJAT HADIAHKAN MAK BMW: "ASALKAN MAK GEMBIRA, DUIT BOLEH CARI..."

"Kereta banyak buat apa kan... Jadi Sajat hadiah mak kereta. Sajat nak bagi BMW gold, dia nak yang putih juga. Dia kata senang nak bawa, gold tu besar sangat. Tak apa lah mak, asalkan mak gembira... Bagi Sajat, duit boleh cari, mak tak boleh di ganti dengan apa pun cara nya.

"Nakal macam mana pun kita, jahat mana pun kita, jangan kita lupakan mak ayah kita... Tanpa meraka, siapa lah kita di dunia ini. Bahagia lah mak ayah kita sehabis mungkin, waktu ini lah mereka nak merasa duit anak-anaknya.

"Jangan lah kita buang mak ayah kita. Kadang-kadang Sajat sedih tengok ada anak-anak sanggup hantar mak ayah ke rumah orang tua disebabkan sibuk dengan urusan harian. Mana yang berkemampuan bolehlah buat mak ayah bahagia," demikian kata usahawan kosmetik, Nur Sajat yang menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama BMW buat ibunya.

Sajat berkongsi kegembiraan itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya. Hadiah tersebut diberikan sebagai tanda menghargai pengorbanan ibu yang membesarkannya. Menurut Sajat, harta dunia boleh dicari namun kasih ibu tidak boeh diganti.

Klik untuk gambar besar

Tambah Sajat lagi doa ibu bapa adalah saLah satu punca rezeki yang diperolehi oleh anak-anak: "Kadang-kadang mak ayah ini mereka bukan nak kebendaan dari anak-anak, cukuplah bertanya khabar dan memberi perhatian kepada mareka.

"Jangan sampai kita tak ingat mak ayah kat kampung. Jangan waktu mereka tak ada, baru nak menyesal kemudian hari... Rahsia untuk mereka berjaya adalah doa mak ayah. Berkat doa mereka boleh kita berjaya walaupun dugaan datang tanpa di duga. Hargai mak ayah, sayangilah mak ayah kerana merekalah syurga kita. Amin," titipnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutmya memuji kebaikan Sajat terhadap orang tuanya: "Tolak tepi buruk dia kejap. Tengok layanan dia pada mak dia. Masya-Allah kagum. Semoga bahagia milik anak yang baik-baik kedua orang tuanya. Amin," komen @aschanis - "Bab ni saya setuju, redha emak bawa ke syurga," tulis @norhaslizaibrahi.

Terdahulu, Sajat dikenali sebagai usahawan yang sering mencetuskan kontroversi antaranya terlampau terbuka berkongsi cara hidupnya dengan mengenakan pakaian menjolok mata mengundang rasa kurang senang ramai pihak.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shiha Zikir

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...