--> Skip to main content

“Bila Berjaya Atas Usaha Kamu…”- Anak Lulus IGCSE, Ozlynn Luah Rasa Syukur

“Bila Berjaya Atas Usaha Kamu…”- Anak Lulus IGCSE, Ozlynn Luah Rasa Syukur Pelakon Ozlynn Wati bersyukur apabila anaknya, Ariq lulus semua subjek dalam IGCSE (International General Certificate of Secondary Education).

Ozlyn mengucapkan tahniah kepada anaknya dan mendoakan agar anaknya terus berjaya dunia dan akhirat.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, anak saya lulus IGCSE ke semua mata pelajaran.

“Terima kasih atas doa semua. Tahniah abang Ariq, moga menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat..

“Doa dari papa dan mama tak akan pernah putus untuk kamu..

“Kami sayang kamu. Ingat pesan kami, bila berjaya atas usaha kamu semuanya dengan izin Allah.. Jangan lupa hadiah untuk-Nya,” katanya.

Isteri kepada Johan Raja Lawak itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya

Menerusi entri terbabit, dia memuat naik foto anaknya itu yang sedang bergembira dengan keputusan peperiksaannya.

Pun begitu, Ozlynn tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar lain yang turut mengambil keputusan peperiksaan yang sama.

“Tak lupa, tahniah untuk semua yang dapat results hari ni.

“Lulus atau tidak bukan bererti gagal selamanya ok. Insya-Allah kami doakan yang terbaik untuk kalian,” tambahnya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yan lain yang turut mengucapkan tahniah.

Perkahwinan Ozlynn dan Johan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.