--> Skip to main content

Biden akan berkempen sendiri tentukan siapa presiden AS

WASHINGTON: Joe Biden berkata, beliau akan berkempen sendiri dalam peperangan yang akan menentukan siapa presiden Amerika Syarikat (AS) selepas ini.

"Saya akan ke Wisconsin, Minnesota, menghabiskan masa di Pennsylvania, keluar ke Arizona, namun akan dilakukan secara selamat dan bertanggungjawab," kata calon presiden berusia 77 tahun dan bekas naib presiden itu kepada wartawan, pada Khamis.

Menurut Biden, lawatan pertama ke negeri yang menunjukkan beliau mendahului Donald Trump itu akan dilakukan selepas Hari Buruh, iaitu pada 7 September depan.

Biden menyedari lawannya memberikan ucapan berapi pada malam Khamis, di Laman Selatan Rumah Putih, ketika menerima pencalonan semula partinya di Konvensyen Republikan.

Dianggarkan majlis itu dihadiri 1,500 tetamu.

Trump secara kasarnya membuang semua peraturan utama ke dalam tong sampah, kata Biden sambil merujuk kepada norma baharu kerajaan AS yang lazimnya tidak mencampur aduk urusan perniagaan dan politik.

"Beliau sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Konvensyen Demokratik diadakan minggu lalu secara maya.

Parti berkenaan sepatutnya diadakan di Milwaukee, Wisconsin namun tergendala akibat pandemik COVID-19. - AFP