--> Skip to main content

BERBASIKAL HULUR SUMBANGAN UNTUK GELANDANGAN - USTAZ EBIT LEW SEBAK, SAYU

"Sebak sayu 10 malam sampai 1 pagi pusing KL tengok keadaan tengah malam, sayu ada macam mak ayah kita, ada macam adik beradik dan anak-anak kita. Ujian mereka, bila bawa nasi, berebut-rebut tengah malam, 300 bungkus nasi dan air habis sekejap sahaja.

"Sayu hati, ramai minta dua, ya Allah maafkanlah diriku," demikian tulis penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang berkongsi rasa sebak ketika menghulurkan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota baru-baru ini.

Menurut Ebit, sumbangan itu diberikan ketika dia berbasikal sekitar jam 10 malam hingga 1 pagi di Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Tambah Ebit, jumlah sumbangan makanan dan minuman itu adalah sebanyak 300 bungkus dan ia habis dalam tempoh masa yang singkat:

Perkongsian itu mendapat perhatian dari rata-rata warganet yang turut bersimpati melihat nasib mereka yang kurang bernasib baik itu. Pada masa yang sama, ramai juga pengikut Ebit yang mendoakan agar dia memperoleh ganjaran dari Yang Maha Esa atas perbuatan baiknya itu.

Klik untuk gambar besar

  www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...