--> Skip to main content

Bella Astillah Sokong Video Wanita Henyak Skandal Suami... "Time Seronok-Seronok Tak Takut Pula!"

Bella Astillah Sokong Video Wanita Henyak Skandal Suami... Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menyokong tindakan isteri menyerang skandal suami seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini.

Dalam video berkenaan dua wanita menyerang seorang lagi wanita lain ketika bersama seorang lelaki yang dipercayai suami kepada salah seorang daripada wanita yang mengamuk itu.

"Kenapa time ni baru perempuan tu nak sorok belakang lelaki tu je?

"Takkan takut pula? Sebab time seronok-seronok tak takut pula lelaki tu suami orang.

"I faham perempuan yang hempuk tu dia nak settle penyondol tu cukup-cukup tak nak bagi lepas sebab nanti kat rumah turn laki dia pula kena hempuk," tulis Bella. 

Dalam video berkenaan juga, wanita yang sedang bersama lelaki terbabit dipukul, diterajang dan dibaling gelas kaca hingga pecah oleh wanita yang datang menyerangnya.

Seperti sedia maklum Bella sebelum ini pernah terpalit dengan insiden seakan-akan sama dengan situasi video berkenaan.

Julai 2017 kecoh apabila pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Alif Aziz ditahan kerana didakwa memukul isterinya di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur.

BACA: Alif Aziz Kena Tahan Belasah Isteri Dalam Pantang

Ketika kejadian itu, Bella ke premis terbabit untuk mencari suaminya. Bagaimanapun ketiba tiba di sana Bella mendapati suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke dan mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu. Alif yang berang dengan tindakan Bella telah merampas telefon bimbit isterinya itu dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah mangsa.

Kejadian tersebut mengakibatkan Bella luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.

Bella menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tampil membuat laporan polis selepas itu.

Susulan laporan itu, artis berkenaan ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT) 1994.

Aliff dan Bella kemudiannya dikhabarkan bercerai talak satu pada Mei 2019 namun merujuk semula beberapa bulan kemudian.

Pasangan itu baru dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini.