--> Skip to main content

Baru Putus Tunang, Terus Ada Yang Nak Masuk Pinang Joy Revfa Sebagai ‘Madu’, “Kahwin Saja Dengan Suami Saya Joy, Kesian Pulak Tengok,”- Peminat

Baru sahaja mengumumkan dirinya bergelar solo setelah memutuskan tali pertunangan dengan jejaka misteri pilihan yang hanya dikenali sebagai Z.A, pengusaha kosmetik Joy Revfa nampaknya telah dilamar oleh seorang individu yang ingin menjadikan dirinya sebagai madu.Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 32, berkongsi mengenai perkara itu di ruangan Facebook miliknya baru-baru ini. Menurut Joy, individu tersebut telah meluahkan hasrat untuk menjadikan dia sebagai isteri kepada suaminya kerana simpati dengan apa yang terjadi.

"Kahwin saja la dengan suami saya Joy.. janji awak baik, kesian pula tengok,"

Jumaat lalu, Joy Revfa telah mengesahkan bahawa pertunangannya dengan jejaka misteri yang dikenalinya sejak Mac itu telah berakhir. Difahamkan, tiada keserasian antara mereka telah menjadi punca ikatan itu berakhir.

Joy dan bekas tunangnya itu sebelum ini telah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Jun yang lalu namun tidak kesampaian.

Netizen yang melihat akan komen tersebut turut memberi reaksi pelbagai dan meminta individu berkenaan supaya tidak mempermainkan soal jodoh dan perkahwinan melainkan benar-benar berniat untuk melakukan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, individu tersebut menegaskan dia betul-betul serius dan komited dengan permintaan itu dan berharap suaminya dapat bernikah dengan Joy.

 Mengimbas kembali, Joy Revfa pernah bernikah dengan komposer Hafiz Hamidun pada Mei 2017 namun bercerai pada bulan Oktober tahun yang sama. Dia sebelum itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan sebelum bercerai dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.

Written by Intan PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.