--> Skip to main content

Baru Putus Tunang, Ada Peminat Melamar Joy Revfa Sebagai Madu

Impian untuk membina rumah tangga tidak kesampaian apabila baru sahaja mengesahkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A sudah pun berakhir, ada peminat yang melamar Joy Revfa sebagai madu.

Menerusi ruangan komen Facebook Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, individu tersebut meluahkan hasrat untuk menjadikan usahawan tersebut sebagai madu kerana simpati di atas apa yang terjadi.

BACA: Joy Revfa Kagum Dengan Sifat Penyabar Bella Astillah

Komen individu itu mendapat perhatian netizen lain yang meminta supaya individu berkenaan tidak mempermainkan soal jodoh dan perkahwinan melainkan benar-benar berniat untuk melakukan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, individu tersebut menegaskan dia betul-betul serius dan komited dengan permintaan itu dan berharap suaminya dapat bernikah dengan Joy.

Semalam, Joy mengesahkan pertunangannya dengan jejaka dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah pun berakhir. Difahamkan, tiada keserasian antara mereka telah menjadi punca ikatan itu berakhir.

Joy berkata dia membuat keputusana untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu kerana tiada lagi keserasian antara mereka.

Joy Revfa pernah bernikah dengan komposer Hafiz Hamidun pada Mei 2017 namun bercerai pada bulan Oktober. Sebelum itu Joy mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki Arryan Firdaus kini berusia enam tahun.