--> Skip to main content

Bantu lebih 500 keluarga B40

KUALA LUMPUR: Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra), Penjana Tenaga Bebas (IPP) terkemuka tampil membantu lebih 500 keluarga isi rumah B40 yang menghadapi kesukaran dalam menghadapi wabak COVID-19.

Kumpulan itu dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, Women of Will (WOW) mengedarkan bekalan keperluan asas untuk dua bulan meliputi beras, minyak masak, makanan dan minuman dalam tin kepada penduduk di lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang.

Naib Presiden Hal Ehwal Awam Kumpulan Edra, Jennifer Aleeya Wong, berkata PPR itu ialah PPR Bandar Tun Razak, PPR Lembah Subang, PPR Batu Muda, PPR Taman Keramat dan PPR Sungai Sering.

"Walaupun kita kini berada dalam fasa pemulihan Perintah Pergerakan Pemulihan (PKP), namun ada keluarga yang masih berjuang untuk memberi makan keluarga mereka, terutama dalam kalangan kumpulan B40," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan Edra adalah IPP kedua terbesar di Malaysia dan mengendalikan 9 loji jana kuasa tempatan, di Mesir dan Bangladesh.

"Walaupun program bantuan sudah dimulakan dua minggu lalu, Edra yakin bahawa lebih banyak bantuan daripada sektor swasta diperlukan untuk membantu usaha kerajaan dalam membantu rakyat," katanya.

Naib Presiden Hal Ehwal Awam Kumpulan Edra, Naib Presiden Hal Ehwal Awam Kumpulan Edra,

Katanya, bantuan berkenaan dapat memastikan penerima menyimpan sedikit wang dapur untuk dijadikan modal perniagaan kecil mereka atau membayar sewa sebaik penangguhan bayaran pinjaman di bank-bank berakhir pada September ini.

Sementara itu, seorang peniaga makanan, Siti Aida Nyan berkata, bantuan berkenaan tepat pada masanya setelah suaminya baharu sahaja mendapat pekerjaan dan beliau pula sedang berusaha memulakan semula perniagaan dalam talian akibat PKP sejak Mac lalu.

Sementara itu, warga emas, Chin Moi, 67, dari PPR Sri Kota Cheras, bantuan bekalan makanan selama dua bulan itu benar-benar meringankan bebannya sekeluarga dan wang untuk membeli keperluan asas dapat digunakan untuk membayar sewa rumah. -- BERNAMA