--> Skip to main content

Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Bergelar Pesakit COVID-19 Dalam Naura Shares Malam Ini!

Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Bergelar Pesakit COVID-19 Dalam Naura Shares Malam Ini! Pandemik COVID-19 yang melanda kita sejak awal tahun ini telah mendatangkan impak besar kepada masyarakat seluruh dunia.

Bagi mereka yang terdedah dengan risiko jangkitan atas dasar kerja pastinya berdepan dilema getir apabila terpaksa mengasingkan diri dari keluarga tercinta.

Begitulah nasib yang dialami oleh pelakon Ashraf Muslim serta segelintir rakan dan kru produksi drama yang dibintanginya baru-baru ini.

Namun di sebalik dugaan dan detik sukar yang dialami, Ashraf menganggap ada hikmah tersembunyi dan memandangnya dari sudut positif.

Nak tahu apa yang akan dikongsikan Ashraf? Jangan lupa saksikan Naura Shares episod 3 malam ini.

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.