--> Skip to main content

Aliff Aziz Mengaku Salah Mencuri, Berkelakuan Tak Senonoh

Pelakon kontroversi Aliff Aziz mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura pada Jumaat lalu iaitu 7 Ogos atas dua tuduhan iaitu mencuri dan berkelakuan tak senonoh di tempat awam.

Memetik laporan Berita Mediacorp, menurut kertas pertuduhan, Aliff didakwa mencuri wang sebanyak S$300 (RM950) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

BACA: Aliff Aziz Berang Bella Astillah Dihina Gemuk Macam Haiwan

Bagi pertuduhan kedua adalah bagi kelakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.

Tuduhan pertama Aliff berdepan hukuman penjara mendatori, manakala untuk pertuduhan kedua, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi SGD 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, untuk satu lagi pertuduhan iaitu mecuri sekotak rokok Malboro dan pemetik api dalam pertimbangan.

Peguam bela Aliff merayu agar hukuman lebih ringan dipertimbangkan iaitu penjara antara satu hingga empat minggu bagi pertuduhan pertama memandangkan wang berkenaan telah dipulangkan dan Aliff kesal dengan tindakannya itu.

Bagi pertuduhan kedua, peguam Aliff berkata tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku akibat perbuatan Aliff. Dia juga merujuk kepada laporan perubatan Aliff menyatakan pelakon itu mengalami masalah psikiatri ketika kejadian.

Hakim kemudian mengarahkan Aliff dirujuk ke Institusi Kesihatan Mental (IMH) untuk menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengetahui sama ada dia boleh diletakkan di bawah Arahan Rawatan Mandatori (MTO).

Di bawah MTO, pesalah yang didapati mengalami masalah psikiatri akan diarahkan menjalani rawatan sebagai ganti hukuman penjara.

Mahkamah menetapkan 14 September sebagai tarikh menetapkan hukuman.