--> Skip to main content

AL-FATIHAH - BAPA AFDLIN SHAUKI DIJEMPUT ILAHI

"Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami Aksan Abu Bakar sudah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 11 Ogos 2020, pukul 2.57 pagi di PPUKM, KL. Sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman," demikian tulis pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki.

Afdlin memaklumkan berita sedih menerusi laman Instagram miliknya dimana bapanya, Aksan Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur jam 2.57 pagi hari ini. Dalam masa sama, Afdlin turut meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan doa buat Allahyarham bapanya, .

Afdlin juga mengakui pasti merindui senyuman ceria bapa tersayangnya itu dan meminta keampunan bagi pihak arwah daripada sesiapa yang mengenalinya: "Senyuman terakhir bapa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan Abu Bakar, bapa kepada 10 anak, suami kepada dua orang isteri.

Klik untuk gambar besar

"Bapaku yang tercinta, dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan dia pernah lakukan kepada sesiapa yang mengenalinya. Tolong ampunkan ya! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa. Al-fatihah, I love you papa... Assalamualaikum," katanya.

Afdlin yang sebelum itu memuat naik foto Allahyarham memasuki bilik pembedahan, memberitahu bapanya mengalami komplikasi pelbagai penyakit iaitu jantung, paru-paru berair dan buah pinggang. Jenazah akan dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

  www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar & Instagram Afdlin Shauki

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...