--> Skip to main content

'Aku, Bunga' Tampilkan Ben Amir, Naim Daniel & Bunga

'Aku, Bunga' Tampilkan Ben Amir, Naim Daniel & Bunga Pengarah tersohor, Kabir Bhatia sekali lagi tampil dengan buah tangan terbaharu "Aku, Bunga".

'Aku, Bunga' menampilkan gandingan segar tiga personaliti yang hadir dari latar belakang yang berbeza, Ben Amir, Naim Daniel dan pendatang baharu dalam industri seni, Noor Ayu Fatini atau lebih dikenali dengan nama Bunga.

'Aku, Bunga' mengisahkan tentang Bunga (lakonan Bunga), seorang anak tunggal yang begitu menggemari muzik hip hop dan mempunyai impian untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni.

Minatnya ini disokong oleh kawan baik yang juga jiran rapat, Kahoe (lakonan Naim Daniel).

Dalam satu insiden, Kahoe telah memperkenalkan seorang pemuda yang juga merupakan peguam, Shaq (lakonan Ben Amir) kepada Bunga.

Shaq menyelamatkan Kahoe ketika dikejar Ah Long. Dari situ mereka mulai rapat dan segala hutang piutang ayah Bunga, Baba (lakonan Aman Graseka) terbongkar.

Shaq hadir dari kalangan orang yang berada dan beliau mula menyukai Bunga.

Namun begitu, hubungan tersebut ditentang oleh ibu Shaq (lakonan Laila Nasir) dan beliau berusaha memisahkan kedua-dua anak muda ini.

Sehinggalah Shaq terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau.

Apa kesudahannya kelak? Mampukah cinta menyatukan Shaq dan Bunga? Atau keluarga mendahului segalanya?

Nantikan 'Aku, Bunga' pada 13 Ogos ini di Astro First Eksklusif, saluran 480. Untuk pilihan alternatif, filem televisyen (FTV) ini juga boleh didapati di platform On Demand.