--> Skip to main content

"Aku Berlari Balik Rumah Bila Almy Nadia Bagitau" - Nabila Huda Buat Fizz Fairuz...

Malam tadi di IG Stories Instagram milik Nabila Huda, dia memuat naik beberapa video yang menunjukkan dia berada di dalam ketakutan kerana mendakwa ada orang menceroboh masuk ke rumahnya.

Baca: Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Nangis Teresak-Esak - "Saya Takut Gila ..."

Rupa-rupanya video tersebut hanyalah sebahagian daripada lakonannya semata-mata, namun kebolehan dan keupayaan Nabila sebagai pelakon sangat terserlah kerana ramai yang mempercayai apa yang yang berlaku termasuklah teman-teman selebriti seperti Datuk Fizz Fairuz.

Dalam satu entri di Instagramnya, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa bimbang akibat video tersebut dan rasa terkejut apabila mengetahui ianya merupakan satu gimik lakonan Nabila.

"Yes aku tau ko seorang pelakon yang sangat hebat,tapi benda-benda yang boleh menjatuhkan jantung kawan-kawan ni memang lagi hebat. Benda tu lakonan atau kenyataan kami tak tahu, yang kami tahu kau kawan baik aku tau!

"Paham takkkkk. @kupu_kupu .. Please jangan buat benda gimik macam ni, aku serba salah kalau aku tak bantu kau.. aku berlari balik rumah bila @almynadiaofficial bagitau ada orang masuk rumah kau. Faham tak perasaan aku sekarang cik abill. tq so much," tulis Fizz yang ketika itu serba salah, terkejut dan bimbang. 

Namun begitu ada juga segelintir peminat yang dapat menghidu bahawa perkara tersebut hanyalah lakonan semata-mata memandangkan Nabila hanya berkongsi perkara tersebut di IG Stories dan bukannya menghubungi suami atau polis.

Nabila Huda merupakan seorang pelakon yang sudah beberapa kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dan pelbagai anugerah lainnya.

Malah, pada tahun lalu Nabila pernah berlakon bersama Fizz Fairuz dalam satu drama rantaian dan melalui drama tersebut Fizz Fairuz telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin ke-24.