--> Skip to main content

Aktiviti riadah popular hujung minggu

BAGI yang belum berkesempatan bercuti ke destinasi pelancongan domestik, selepas dibenarkan rentas negeri, individu boleh mengubah cara berbeza khususnya bagi warga kota dengan aktiviti rentas hutan.

Antara lokasi menarik untuk dikunjungi adalah Projek Taman Tugu, terletak di tengah ibu kota destinasi sesuai dikunjungi.

Biarpun jam sudah menghampiri tengah hari, terik sang suria langsung tidak dihiraukan kerana orang ramai semakin asyik untuk meneruskan aktiviti rentas hutan.

Hutan hujan tropika yang kian mendapat tempat di hati masyarakat kerana adanya Projek Taman Tugu, sememangnya mendekatkan orang ramai dengan alam semula jadi untuk melakukan riadah.

Dengan keluasan kira-kira 16.1 hektar Projek Taman Tugu yang kembali dibuka bermula pada, 8 Mei lalu dengan operasi terkawal, patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) dari jam 7 pagi hingga 6.30 petang.

Orang awam di Kuala Lumpur, dengan setiap pengunjung dikira, diperiksa suhu badan dan hanya laluan dibenarkan demi memastikan wabak COVID-19 bersama dicegah.

Beriadah dengan 'trekking'

Bagi penulis yang beberapa kali melakukan rentis hutan, Projek Taman Tugu memiliki aura tersendiri, dengan secara tidak langsung memberi peluang menyaksikan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan lebih 1,000 pokok asli tempatan seperti Jelutong, Tembusu, Pulai dan Gaharu.

Seperti dimaklumkan, hutan itu mempunyai kira-kira 4,000 pokok hutan hujan asli tempatan berusia antara lapan hingga 10 tahun, yang terdiri daripada 230 spesies hutan hujan seperti Keruing, Meranti dan Mersawa, pokok dikategorikan 'terancam' atau 'terancam secara kritikal' oleh International Union for Conservation of Nature ("IUCN").

Pengunjung beriadah sambil berjalan kaki di laluan jejak. Pengunjung beriadah sambil berjalan kaki di laluan jejak.

Luang masa berkualiti

Bagi pengunjung, Norshuhaidah Mohd Jamaludin, 37, yang bekerja sebagai pegawai sains, cuti hujung minggunya dimanfaatkan untuk membawa ibu bapanya merentas hutan bersamanya selepas beberapa kali beliau mengujinya stamina beriadah dengan cara trekking.

"Apabila selalu ke sini, pelbagai golongan mencuri 'masa' beriadah sambil mengeluarkan peluh tanpa perlu menjejaki hutan luar yang jauh dari ibu kota.

"Jadi kali ini saya dengan ibu bapa bersama-sama meluangkan masa berkualiti meredah hutan hanya sejauh tiga kilometer.

"Kami sekeluarga merentasi dengan selamat, itu cukup menggembirakan," katanya yang tinggal di Keramat.

Katanya, apa yang lebih meyakinkan setiap pengunjung mengekalkan penjarakan fizikal, berjalan dalam sehala, beratur sebelum masuk dan ada petugas mengira bilangan sebelum dibenarkan masuk.

"Kami hanya menunggu kira-kira 10 minit dan menamatkan rentas hutan 45 minit kemudian. Ini cukup menyegarkan badan, membuang peluh dan menggalakkan kita kekal sihat dengan aktiviti riadah," katanya.

Norshuhaidah (kiri) meluangkan masa kualiti bersama ibu bapanya di Taman Tugu. Norshuhaidah (kiri) meluangkan masa kualiti bersama ibu bapanya di Taman Tugu.

Isi masa hujung minggu

Bagi kakitangan sumber manusia, Alicia Boey, 48, berkata dan rakannya memang berjalan-jalan di taman awam.

Justeru, beliau bersama sekumpulan rakannya tidak melepaskan peluang merentasi hutan hijau yang juga adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan berasaskan keuntungan diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama pelbagai agensi sektor awam, swasta dan lain-lain.

"Jadi saya pernah ke sini dan merasakan kemudahan yang ada sesuai untuk aktiviti keluarga. Selepas yakin dan memahami apa tindakan perlu, kami memutuskan untuk melakukan ini sebagai pengisian hujung minggu.

"Memandangkan kami disertai kanak-kanak, rentis hutan tiga kilometer dilakukan begitu cepat, sekali gus memberi peluang kepada orang lain untuk turut memasukinya kerana kemasukan mengikut giliran, katanya yang datang dari Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Dikunjungi ramai

Pengarah Projek Taman Tugu, Calvin Raqeem Jacob, berkata laluan jejak (trail) utama dibuka dengan mematuhi garis panduan ketat selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Trek laluan jejak dibuat sehala berbanding operasi sebelum ini bertujuan mengelakkan berlaku pertembungan antara satu sama lain, selain menambah papan tanda garis panduan, melakukan kiraan pengunjung masuk dan keluar serta memeriksa suhu setiap mereka," katanya.

Dalam tempoh seminggu, Projek Taman Tugu sebaik saja dibuka pada 8 Mei lalu, sudah merekodkan hingga 5,000 pengunjung dan bertambah apabila hujung minggu dan hari kelepasan awam," katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu peka mengelakkan jangkitan, memakai.

Alicia Boey dan Calvin Raqeem Jacob. Alicia Boey dan Calvin Raqeem Jacob.