--> Skip to main content

Akhbar cetak masih laris

"AKHBAR Harian Metro masih laris dan masih ramai yang minat membaca akhbar cetak," kata Shoeb Pajuddin, 55, peniaga runcit di Taman Sri Lambak, Kluang.

Menurutnya, seawal 7 pagi kedainya akan menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan akhbar.

"Setiap hari, Harian Metro yang habis dulu malah ada ketika ia hanya bertahan dalam tempoh 30 minit selepas kedai dibuka.

"Apatah lagi dengan pemberian Ribena 600 ml percuma, sudah tentu ia menarik perhatian lebih ramai pembaca," katanya.

Sementara itu, pembaca, Noraini Hadison, 43, berkata, pemberian Ribena percuma memang menarik perhatian.

"Kandungan akhbar juga menarik. Saya memang suka membaca beberapa berita penting dulu sebelum membaca kesemuanya di rumah," katanya.