--> Skip to main content

'Ia akaun palsu'-Adun Bukit Melawati

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menafikan beberapa akaun Facebook di atas namanya seperti yang tular di laman sosial.

Penafian itu dibuat menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

Juwairiya berkata, semua akaun terbabit adalah palsu dan dipercayai menyamar sebagai beliau sejak 12 Ogos lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

ANTARA akaun palsu dikatakan milik Juwairiya. ANTARA akaun palsu dikatakan milik Juwairiya.

"Sila berhati-hati dan laporkan kepada Facebook bahawa ia adalah akaun palsu.

"Pihak saya akan ambil tindakan dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya menerusi status di Facebook miliknya.

Malah, beliau memohon pengguna Facebook supaya tidak tertipu dengan akaun palsu terbabit bagi tujuan tidak sepatutnya demi kepentingan individu dan penyalahgunaan laman sosial.