--> Skip to main content

Aisha Retno & Yuka Kharisma Dedikasi Lagu Penghargaan Buat Frontliners!

Aisha Retno & Yuka Kharisma Dedikasi Lagu Penghargaan Buat Frontliners! Dua penyanyi berbakat, Aisha Retno dan Yuka Kharisma kini tampil dengan single terbaru berjudul Terima Kasih.

Mengetengahkan alunan melodi mendayu, single ini ditujukan khas buat semua petugas barisan hadapan yang berjuang ketika pandemik COVID-19 melanda negara kita.

"Lagu Terima Kasih ini kami sampaikan dengan penuh sentuhan kasih sayang kepada semua yang sudah sama-sama bertungkus-lumus membantu kami sepanjang wabak Covid-19 melanda.

"Intipatinya dihuraikan sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang terlibat, rakyat yang patuh berkurung di rumah, dan pejuang-pejuang lain.

"Lagu ini membawa mesej yang sangat universal dan kasih tidak berpenghujung buat setiap insan yang berusaha membantu kita semua melepasi rintangan pandemik ini.

"Sesungguhnya, situasi sekarang ini sangat di luar jangkaan yang menggoncang seisi dunia. Hanya ucapan terima kasih tidak terhingga dalam bentuk ritma dan melodi sekurang-kurangnya, ini cara kami untuk membalas pengorbanan mereka," kata Aisha.

Terima Kasih boleh didapati di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBox.