--> Skip to main content

Aidil Aziz Ambil Cuti Sebulan Jaga Anak Dan Isteri Berpantang

Meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya, Fasha Sandha yang sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka, pelakon Aidil Aziz yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka tempoh hari akui teruja dengan kelahiran anak pertamanya itu.

Aidil Aziz Ambil Cuti Sebulan Jaga Anak Dan Isteri Berpantang

Menurutnya, beliau sanggup mengambil cuti selama sebulan untuk menjaga anak dan isterinya ketika berpantang.

"Terima kasih isteriku di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga & teman you berpantang ok Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian.Aminn,."

Menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram Fasha, beliau juga dilihat tidak ketinggalan mengucapkan selamat datang buat puterinya itu dan mendoakan agar anaknya itu membesar menjadi seorang anak yang baik.

Pendedahan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Aisha itu juga turut mendapat reaksi yang positif daripada para peminat.

Aidil Aziz Ambil Cuti Sebulan Jaga Anak Dan Isteri Berpantang

Selain memuji wajah Aisha yang sangat comel dan mendoakan agar dia membesar menjadi anak yang solehah, Fasha Sandha turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan serta bersama-samanya sepanjang proses kehamilan dan juga ketika melahirkan.

Tahniah diucapkan buat Fasha dan Aidil. Semoga dengan kehadiran bayi comel ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.