--> Skip to main content

AC Mizal Kembali Menggegar Dengan Punchline DAC

AC Mizal Kembali Menggegar Dengan Punchline DAC Astro Warna dengan berbesar hati melancarkan program komedi baharu Punchline DAC yang bakal bersiaran mulai 12 Ogos 2020 (Rabu) jam 9 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107).

Program yang menjanjikan pengalaman tontonan 'gelak tidak henti' ini juga boleh distrim secara percuma bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO dan juga on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Punchline DAC bakal menyaksikan pengacara tersohor negara, Datuk AC Mizal sebagai hos untuk 24 minggu berturut-turut.

Dalam program berdurasi 60 minit ini, beliau akan menemubual tokoh-tokoh masyarakat popular tanah air seperti pelakon, penyanyi, pemuzik, pelawak, pengarah dan ramai lagi, di samping melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti trivia, sketsa dan elemen-elemen game show yang bakal diterapkan bagi hiburan audiens.

Menarik lagi, juru solek dan penghibur, PS Mansur juga turut memeriahkan lagi set Punchline DAC ini dengan celoteh lucunya sebagai sidekick kepada Datuk AC.

Antara barisan selebriti yang bakal mewarnai program Punchline DAC ini termasuklah maestro muzik Datuk Ramli MS, pemain bola sepak Khalid Jamlus, pelakon Sharifah Amani, kumpulan Dollar, peserta Big Stage 2020, dan ramai lagi. 

Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata:

"Selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air, penghasilan program Punchline DAC ini merupakan salah satu usaha kami untuk sentiasa menyajikan penonton Astro Warna dengan pengisian menarik dan menghiburkan.

"Kami juga amat teruja kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan seorang pengacara yang disegani ramai, Datuk AC Mizal.

"Beliau cukup sinonim dengan sikap profesionalnya, dan kami amat bertuah kerana sentiasa diberikan peluang untuk menghasilkan pelbagai seleksi program lawak penuh variasi bersamanya.

"Kami berharap program Punchline DAC ini boleh mengutuhkan lagi jenama Astro Warna sebagai hab kandungan komedi tanah air yang digemari ramai," katanya.

Gelak tawa berterusan boleh juga disaksikan di platfrom digital, melalui siri vlog Pintu Belakang di saluran YouTube rasmi Zon Lawak di mana penonton akan diberikan 'pas' eksklusif yang menunjukkan momen-momen istimewa di sebalik tabir penghasilan dan rakaman program Punchline DAC dari Studio 1 di Astro!

Jangan lupa saksikan Punchline DAC yang bakal bersiaran mulai 12 Ogos 2020 (Rabu) jam 9 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107).