--> Skip to main content

ABBY ABADI TURUN 5KG SELEPAS 2 MINGGU BEDAH 'IKAT' PERUT

"Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak degil. Pembedahan bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya. Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit, buatlah, usahakan," kata pelakon Abby Abadi menerusi satu entri di laman Instagram miliknya.

Abby berkongsi berita gembira apabila proses pembedahan bariatric atau 'ikat' perut mula menunjukkan perkembangan positif. Menurut Abby, berat badannya sudah mula menunjukkan penurunan selepas dua minggu melalui proses pembedahan tersebut.

Bahkan, dalam entri tersebut, Abby memuat naik gambar terkini dirinya yang sudah mula boleh memakai baju-baju lama: "Nak cerita juga yang baju ni beli di Singapura masa sibuk dengan acara hujung tahun lepas, tapi masa itu beli tak cuba dulu, balik KL, bila nak pakai tak boleh butang.

Klik untuk gambar besar

"Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cubam, maing agak-ahak, hari ini baru boleh pakai," katanya yang gembira dengan perkembangan positif selepas melakukan pembedahan tersebut.

Sebelum ini, Abby mengakui dia terpaksa melakukan pembedahan ikat perut demi mengelakkan masalah berat badannya yang semakin sukar dikawal apabila sudah mencecah 92kg. Bahkan, sebelum itu, Abby juga pernah meluahkan hasratnya untuk menurunkan berat badan selepas suaminya memintanya untuk menjaga kesihatan.

  www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abadi

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...