--> Skip to main content

49 syor pembaikan sistem pilihan raya

SENARAI 49 SYOR PEMBAIKAN LAPORAN ERC

Syor 1 - Pengasingan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya

Syor 2 - Penambahbaikan proses pelantikan anggota badan pengurusan pilihan raya

Syor 3 - Penubuhan Suruhanjaya Sempadan Pilihan Raya

Syor 4 - Pemansuhan kategori pasangan tentera dan pasangan Pasukan Gerakan Am sebagai Pengundi Tidak Hadir

Syor 5 - Pendaftaran tentera dan polis sebagai pemilih mengikut alamat tempat tinggal

Syor 6 - Pelantikan pemerhati antarabangsa dan tempatan semasa pilihan raya umum

Syor 7 - Pewujudan tataetika Kerajaan Sementara

Syor 8 - Penambahbaikan autoriti dan sumber badan pengurusan pilihan raya

Syor 9 - Pemerkasaan kuasa mengemas kini rekod daftar pemilih

Syor 10 - Pemindahan fungsi pendaftaran parti politik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

Syor 11 - Peruntukan kuasa pengurusan liputan media kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

Syor 12 - Peruntukan kuasa adjudikasi dan penguatkuasaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

Syor 13 - Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan perkara-perkara asas dan procedural dalam urusan pilihan raya

Syor 14 - Pewujudan akta bersepadu bagi urusan pilihan raya

Syor 15 - Pewujudan kerangka perundangan bagi menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai agensi peneraju pengurusan pilihan raya

Syor 16 - Penyelarasan bidang kuasa agensi-agensi dalam urusan pilihan raya

Syor 17 - Penetapan tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diumumkan enam (6) bulan sebelum tarikh sebenar

Syor 18 - Penambahbaikan tataetika kempen pilihan raya

Syor 19 - Penubuhan jawatankuasa konsultatif Suruhanjaya Pilihan Raya bersama parti politik

Syor 20 - Pewujudan undang-undang berkaitan penyaluran dana awam kepada parti politik

Syor 21 - Pewujudan undang-undang berkaitan penyaluran sumbangan orang awam dan pihak swasta kepada parti politik

Syor 22 - Penyediaan platform media yang adil

Syor 23 - Pewujudan tata etika media untuk menjamin liputan media yang adil dan sama rata

Syor 24 - Had umur kelayakan mengundi 18 tahun

Syor 25 - Pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik

Syor 26 - Pewujudan sistem pengurusan alamat nasional dengan pengecam unik (unique identifier)

Syor 27 - Penekanan kepada dasar mendaftar dan mengundi di tempat tinggal

Syor 28 - Penambahbaikan kategori pengundi yang boleh diwartakan layak mengundi secara pos

Syor 29 - Pengenalan kaedah pengundian khas

Syor 30 - Penambahbaikan kemudahan dan kapasiti perkhidmatan urusan pengundian

Syor 31 - Pengenalan sistem Closed List Propotional Representation (CLPR) di peringkat Dewan Rakyat

Syor 32 - Mengekalkan sistem First-Past-The-Post sebagai sistem pemilihan di peringkat Dewan Undangan Negeri

Syor 33 - Penetapan dasar seorang calon hanya boleh bertanding bagi satu (1) kerusi

Syor 34 - Pembentukan kerajaan yang stabil berdasarkan kerusi majoriti dan pengenalan kepada Recall Elections

Syor 35 - Penetapan dasar 30 peratus calon wanita dalam senarai pencalonan parti

Syor 36 - Pewujudan undang-undang khusus berkaitan urusan persempadanan

Syor 37 - Memastikan keseimbangan pemilih dengan memperkenalkan kategori dan kriteria bagi bahagian pilihan raya

Syor 38 - Mengehadkan perbezaan peratusan jumlah pengundi di setiap kategori bahagian pilihan raya

Syor 39 - Penyediaan spesifikasi dan penetapan bahan kempen

Syor 40 - Penetapan tempoh minimum kempen pilihan raya

Syor 41 - Pewujudan tempoh bertenang

Syor 42 - Penetapan tempoh penamaan calon yang lebih lama

Syor 43 - Penggunaan kaedah penamaan calon secara dalam talian

Syor 44 - Pengenalan kaedah cetakan kertas undi tanpa nama dan simbol untuk kegunaan pemilih pos luar negara

Syor 45 - Pewujudan pusat pengiraan undi pos di pejabat-pejabat kedutaan Malaysia di lu

Syor 46 - Penyediaan buku panduan tataetika pilihan raya

Syor 47 - Pewujudan kerangka perundangan bagi menjamin hak asasi pendidikan demokrasi dan pilihan raya kepada semua rakyat Malaysia Syor 48 - Penyediaan kerangka dasar bagi pelaksanaan program berkaitan pendidikan sivik dan pendidikan pengundi

Syor 49 - Penubuhan Institut Pendidikan Demokrasi, Sivik dan Pengundi Kebangsaan