--> Skip to main content

4 parah, kereta terjunam dalam sungai

EMPAT parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam dalam sungai di Kilometer 64 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang hari ini.

Dalam kejadian 8.15 pagi dekat Sungai Bayu itu membabitkan seorang lelaki dan tiga perempuan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Menurutnya, sebaik sampai ke lokasi dipercayai kereta yang dipandu seorang daripada mereka cuba memotong kenderaan lain dalam keadaan hujan dan jalan basah.

Katanya, kereta terbabit kemudiannya hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan terjunam ke dalam sungai.

"Bagaimanapun, setakat ini kita belum memperolehi identiti kesemua mangsa yang cedera kerana mereka dibantu orang ramai dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai," katanya.

Mohd Taufik berkata, siasatan la njut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987.