--> Skip to main content

17 maut restoran dua tingkat runtuh

TAIYUAN, CHINA: Sekurang-kurangnya 17 maut dalam insiden runtuhan sebuah restoran dua tingkat di bandar Linfen, utara wilayah Shanxi pada Sabtu.

Agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 pagi apabila sebahagian restoran itu di Xiangfen runtuh.

Sehingga jam 6.52 petang 45 individu berjaya dibawa keluar daripada runtuhan bangunan dua tingkat itu termasuk mangsa yang korban.

Kejadian itu menyebabkan tujuh parah dan 21 cedera, kata ibu pejabat pasukan penyelamat.

Operasi menyelamat masih berjalan. - Agensi