--> Skip to main content

13 terbunuh dalam insiden runtuhan restoran

BH29Runtuh-o --- Dunia / Asia -- Dah pub

BEIJING: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam insiden runtuhan sebuah restoran di utara China, manakala usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap masih giat dijalankan.

Bangunan dua tingkat yang digunakan untuk acara bankuet di wilayah Xiangfen dalam daerah Shanxi itu dikatakan runtuh, menurut CGTN.

Setakat ini, seramai 43 berjaya dikeluarkan termasuk mangsa yang terkorban dan empat cedera parah.

Gambar kejadian di laman web CGTN menunjukkan penyelamat sedang bertungkus lumus memeriksa timbunan runtuhan bangunan. CGTN turut melaporkan 700 orang terbabit dalam usaha menyelamat.

Bagaimanapun, sehingga kini punca kejadian masih belum diketahui, walaupun insiden seumpama itu sering berlaku di China. - AFP