--> Skip to main content

1.2 tan sayuran dari Thailand dirampas

PADANG BESAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas 1.2 tan sayuran yang dibawa masuk secara tidak sah dari Thailand ke negara ini di Unit Kargo Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Pengarah MAQIS Perlis, Mohamad Arshad Raffin, berkata sebuah lori dipandu lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu membawa muatan berisi daun limau purut dan ubi keladi.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit mendapati kesemua sayuran berkenaan tidak mempunyai

permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS.

"Pihak MAQIS menyita kesemua dagangan terbabit dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM1,249.

"Hasil soal siasat ke atas pemandu terbabit dia mengaku hanya membawa muatan berkenaan dan kesemua berangan terbabit dimiliki oleh individu lain," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Arshad berkata, tindakan kompaun telah dikeluarkan ke atas pemilik barangan berkenaan dan kesemua barangan termasuk lori disita pihaknya.

"Kes disiasat bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya.