--> Skip to main content

11 sekeluarga cemas rumah tiba-tiba condong

sb-condong-online

H: 11 sekeluarga cemas rumah tiba-tiba condong

Juwan Riduan

[email protected]

Pix: Juwan Riduan

TIDUR lena 11 sekeluarga di Kampung Palakat, Sipitang terganggu apabila rumah didiami mereka tiba-tiba condong dan hampir roboh, malam tadi.

Kejadian itu disedari jam 11.30 malam selepas penghuni terdengar bunyi kuat sebelum menyedari rumah itu condong dan bergegas keluar menyelamatkan diri.

Difahamkan, keluarga terbabit kini menumpang di rumah ketua kampung kerana bimbang rumah mereka roboh dan menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Janil Jaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.33 pagi.

Katanya, anggota yang bergegas ke lokasi mendapati rumah berkenaan hampir roboh dan membantu membuat menstabilkan struktur sebelum mengeluarkan harta benda penghuni.

"Bomba memberi nasihat kepada pemilik rumah berkenaan yang diklasifikasikan sebagai tidak selamat untuk didiami," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi membabitkan tujuh anggota dan pegawai serta sebuah jentera LFRT.

#kw rumah, condong, bomba, Sipitang