--> Skip to main content

Ukraine ucap selamat menyambut Aidiladha

KUALA LUMPUR: Timbalan I Kementerian Luar Ukraine, Emine Dzheppar, mengucapkan tahniah kepada masyarakat Islam di Malaysia bersempena Aidiladha yang disambut esok.

"Semoga hari yang bermakna kepada umat Islam ini dipenuhi dengan kebaikan dan amal kebajikan, perpaduan serta persaudaraan.

"Saya berharap semua pengorbanan pada hari mulia ini menyumbang kepada pembentukan kebaikan dan keharmonian," katanya dalam surat yang diutus kepada Wisma Putra (Kementerian Luar).

Dzheppar dilantik sebagai Timbalan I Kementerian Luar Ukraine, pada Jun dan menjadi wakil pertama Tatar Krimea dan komuniti Islam yang menganggotai pengurusan tertinggi di kementerian itu. – BERNAMA