--> Skip to main content

Tiada lagi guna perkataan hasutan, rasis di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Semua parti termasuk Ahli Parlimen Bebas memberi komitmen tidak lagi menggunakan perkataan berunsur hasutan, rasis dan seksis di Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata komitmen itu dizahirkan kepada beliau ketika pertemuannya bersama ketua whip parti di Parlimen, semalam.

Justeru, beliau berharap semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberi komitmen dalam kualiti perbahasan serta beradab sopan.

"Saya akan mengambil tindakan berdasarkan peraturan dewan jika masih disebut Yang Berhormat," katanya dalam pemahsyuran khas beliau ketika sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, keberadaan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat membawa tanggungjawab dan harapan rakyat.