--> Skip to main content

Teroka sumber baharu bantu masyarakat luar bandar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini meneroka sumber baharu berpendapatan tinggi bagi membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar.

Timbalan Menteri, Datuk Henry Sum Agong, berkata antara yang dikenal pasti adalah aktiviti pelancongan desa dan program agromakanan termasuk ternakan, tanaman jangka pendek dan panjang dalam kalangan pekebun kecil dan penduduk luar bandar.

"Selain itu daerah berpotensi untuk pembangunan 'niche product' atau industri bersesuaian akan dikenal pasti supaya dapat membangunkan pertumbuhan ekonomi luar bandar dengan lebih pesat," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BERSATU-Sabak Bernam) mengenai inisiatif dan rancangan meningkatkan ekonomi dan pendapatan masyarakat luar bandar.

Henry memaklumkan bagi tahun ini sebanyak RM6.2 bilion diperuntukkan bagi program pembangunan ekonomi, prasarana dan modal insan di seluruh negara.