--> Skip to main content

Tambang RTS tidak mahal

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan memastikan harga tambang Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Malaysia tidak akan mahal.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan kepentingan rakyat apabila membuat keputusan mengenai harga tambang RTS yang dijadualkan siap pada 2026 itu.

"Berapa pun jumlahnya, kami akan memutuskan harga yang sama mengikut mata wang masing-masing dan perkara ini akan diumumkan sebelum (RTS mula) beroperasi.

"Ia tidak akan mahal. Kami harus mempertimbangkan kumpulan B40 dan mereka yang menaiki pengangkutan ini setiap hari," katanya pada sidang akhbar mengenai persetujuan meneruskan projek RTS itu di sini hari ini.