--> Skip to main content

Seri Ibu Mengandung, Peminat Puji Farah Nabilah Tampil Lebih ‘Glowing’ Tika Hamil Enam Bulan

Pelakon cantik, Farah Nabilah baru-baru ini telah berkongsi penampilan terbarunya yang kini hamil anak pertama kepada peminat yang mengikuti perkembangan aktres itu.

Dia yang merakam foto 'selfie' di hadapan cermin, pelakon drama Kau Yang Pertama ini ternyata lebih berseri daripada biasa. Farah yang memakai baju ibu mengandung berona hitam bercorak putih itu dilaporkan sedang sarat hamil 6 bulan.

View this post on Instagram

Current fashion style : Anything that still fits ?

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on Jul 8, 2020 at 5:16am PDT

"Current fashion style : Anything that still fits,"

Menelusuri ruangan komen, peminat dan juga rakan artis bertalu-talu memuji aktres ini yang kelihatan 'glowing' dan tetap cantik.

 Mengimbas kembali, Farah telah mengumumkan berita kehamilannya yang sudah mencecah lima bulan pada Jun lalu. Dia yang berkahwin dengan suaminya, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun 2019 dan majlis perkahwinan itu telah diadakan di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

Written by Intan PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.