Skip to main content

SAH BERCERAI - SHARIFAH SAKINAH NAFI DISEBABKAN ORANG KETIGA

Baru sahaja reda isu 'dada leper' gara-gara berkemban, terkini Sharifah Sakinah mengesahkan yang dia dan suaminya Aliff sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mac lalu. Lebih mengejutkan, Sakinah mengakui yang mereka berdua sah berpisah pada Mei lalu secara baik.

"Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu. Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun.

"Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi 'dating'... itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur. Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing... Itu sebaik-baiknya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Sakinah menafikan perpisahan mereka itu berpunca kerana orang ketiga.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan Anais Adha kini berusia tiga tahun. Perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja.

Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: BH

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...