--> Skip to main content

Raja Arab Saudi keluar hospital

RIYADH : Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, 84, meninggalkan hospital semalam selepas 10 hari menerima rawatan bagi membuang hempedu.

Agensi berita rasmi mengedarkan gambar menunjukkan baginda berjalan keluar dari bangunan hospital.

"Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman, keluar hospital selepas Allah memberkatinya dengan kesihatan dan kesembuhan," katanya.

Kementerian Luar Arab Saudi, dalam ciapan rasminya, turut memuatkan video menunjukkan Raja Salman berjalan meninggalkan hospital dengan bertongkat, ditemani Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Baginda menjalani pembedahan laparaskopik untuk membuang hempedu di hospital pakar Raja Faisal di Riyadh.

Kerajaan Arab Saudi jarang melaporkan keadaan kesihatan baginda, yang memerintah negara pengeluar minyak utama itu dan kuasa ekonomi terbesar dunia Arab sejak 2015.

Raja Salman ialah anggota Diraja kedua dari negara Teluk yang dimasukkan ke hospital, selepas pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah Al Ahmad Al Sabah. - AFP