--> Skip to main content

Rai Aidiladha secara sederhana: Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam di negeri ini meraikan Aidiladha secara sederhana ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, baginda berharap rakyat terus berwaspada dan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut mengucapkan salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya di negeri Selangor. - Foto Selangor Royal Office Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya di negeri Selangor. - Foto Selangor Royal Office

Baginda berdua sentiasa mendoakan rakyat dijauhi daripada malapetaka dan bencana serta dapat menghapuskan wabak COVID-19.

Baginda turut menyeru umat Islam menjalankan ibadah korban dengan tertib dan berhemah mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.

"Semoga umat Islam memperoleh hikmah pada Aidiladha dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat keseluruhannya," titah Baginda.