--> Skip to main content

PU Syed Bakri Seru Pihak JAKIM Dan PDRM Segera Ambil Tindakan Kepada Nur Sajat

Susulan tindakannya memuat naik video dan gambar hanya memakai bikini yang didakwa netizen agak seksi dan keterlaluan, usahawan kosmetik sensasi tanah air Nur Sajat dihentam teruk oleh pengikutnya di laman Instagram.

pu syed mahu pdrm dan jakim ambil tindakan kepada nur sajat

Meskipun, sebelum ini Pencetus Ummah (PU) Amin menyeru netizen supaya memboikot produk keluaran usahawan itu, namun kini rakan seperjuangan Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri pula seakan tampil merayu agar pihak JAKIM dan PDRM segera mengambil tindakan agar perbuatan keji Nur Sajat segera dibanteras.

View this post on Instagram

Ramai sgt yg tag ambe mengenai pemilik akaun bernama SAJAT @nursajat23 Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak ambe, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!? Mabrurah sangat umrah yg kamu buat sebelum PKP haritu yer!? Sampai bila kamu nak menunjukkan aset2 palsu milik kamu? , ambe sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN, kemudian PH dan sekarang PN utk pihak berwajib mengambil tindakan TEGAS kpd beliau, utk mengelakkan FITNAH yg lebih besar pada masa akan datang kpd rakyat Malaysia Tolonglah @myjakim @pdrmsia_official selesaikan virus yg lebih bahaya dari covid 19 ini Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dgn pendustaan terhadap hukum agama Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yg ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu Wajib BOIKOT produk2 miliknya, ingat, siapa yg beli produk2nya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti² melanggari syariat yg telah dia lakukan! Dalam tak sedar, Kalian juga akan mendapat saham dosa kering . Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on Jul 6, 2020 at 10:01pm PDT

"Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak saya, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!"

Tambah PU Syed, dirinya juga turut menyifatkan Sajat lebih berbahaya daripada COVID-19, malah berharap agar pihak tertentu segera selesaikan isu yang dibangkitkan oleh usahawan tersebut.

"Tolonglah JAKIM dan PDRM selesaikan virus yang lebih bahaya dari Covid-19 ini. Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama."

pu syed mahu pdrm dan jakim ambil tindakan kepada nur sajat

Bagaimanpun, PU Syed juga sempat memohon agar Tuhan menarik semula segala nikmat yang telah dikurniakan kepada "wanita" tersebut.

"Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yang ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu. Wajib Boikot produk-produk miliknya."

pu syed mahu pdrm dan jakim ambil tindakan kepada nur sajat

Biarpun begitu, PU Syed sekali lagi menegaskan orang ramai supaya tidak lagi membeli produk keluaran Sajat kerana beranggapan bahawa segala aktiviti yang dilakukan Sajat adalah melanggari syariat, sekali gus menyatakan masyarakat juga akan mendapat tempias saham dosa kering kerana menyokong segala yang dilakukan usahawan tersebut.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.