--> Skip to main content

PRN, UMNO Sabah bincang dengan Musa

KUALA LUMPUR: Sebarang pertimbangan UMNO berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincangkan bersama pimpinan parti itu di peringkat negeri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini kerana UMNO Sabah sudah diberikan kuasa autonomi.

"UMNO Sabah sudah diberi kuasa autonomi, maka sesuatu pertimbangan akan dibincangkan dengan pimpinan UMNO negeri dan (bekas Ketua Menteri) Tan Sri Musa Aman sendiri.

"Perbincangan juga membabitkan rakan-rakan lain yang memimpin parti politik di Sabah yang bersama dengan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.